Sunday 21 December 2014

Rancangan Perlaksanaan Aktiviti menarik (pancing ikan)

TARIKH/HARI/MASA                                         : 20 November 2014/Khamis/10.00 pagi-10.20 pagi.

BILANGAN MURID                                               : 10 kanak-kanak

TAJUK                                                                       : Ikan.

BIDANG PEMBELAJARAN/KOMPONEN        : Tunjang Sains dan Teknologi (Awal Sains).

OBJEKTIF  PEMBELAJARAN                               : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
         1.       Membezakan saiz besar dan kecil.
         2.       Mengenal pelbagai warna.

PENGETAHUAN SEDIA ADA                                :
           1.       Murid sudah mengetahui saiz kecil dan besar.

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)                      : Ikan besar, ikan kecil , kotak pancing ,kayu                                                                                                        panjing, video, laptop, dan lembaran kerja.











SLOT PELAKSANAAN AKTIVITI
 

                                                                                                                                                                       

LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi           3 minit.
Menayangkan video lagu “ikan kekek” kepada murid.



1. Guru menayangkan video lagu “ikan kekek” kepada murid.

2. Guru mengarahkan semua murid berdiri dan  membuat gerakan berenang seperti ikan sambil menyanyi lagu “ikan kekek” .
Ikan kekek mak iloi iloi,
ikan gelama mak ilai ilai,
nanti adik mak iloi iloi,
pulang sama mak ilai ilai,
ada satu si ikan parang,
badannya panjang berbelang-belang,
isinya sikit banyak tulang,
sedap makan kalau masak pindang.

3. Murid berdiri dan membuat gerakan berenang seperti ikan sambil menyanyi lagu “ikan kekek” bersama guru.

Ikan kekek mak iloi iloi,
ikan gelama mak ilai ilai,
nanti adik mak iloi iloi,
pulang sama mak ilai ilai,
ada satu si ikan parang,
badannya panjang berbelang-belang,
isinya sikit banyak tulang,
sedap makan kalau masak pindang.


BBM :
-Video.

-Laptop.

Penerapan Nilai :
-Murid berkerjasama dengan guru ketika menyanyi dan membuat pergerakan.
Langkah 1
5 minit
Menunjukkan ikan yang berlainan saiz iaitu saiz kecil dan saiz besar.



1. Guru menunjukkan ikan yang berlainan saiz iaitu saiz kecil dan saiz besar.

2. Guru memberi arahan supaya murid meneka saiz ikan yang ditunjukkan oleh guru sama ada kecil atau besar.

3. Murid meneka saiz ikan yang ditunjukkan oleh guru dengan penuh keyakinan.

BBM :
-Model ikan yang berlainan saiz iaitu saiz besar dan saiz kecil.

Penerapan Nilai :
-Murid menjawab pertanyaan guru dengan yakin.


Langkah 2
10  minit
Memancing ikan mengikut arahan guru.

Bersoal jawab tentang warna.

1. Guru memanggil setiap orang murid ke hadapan untuk memancing ikan di dalam kotak pancing menggunakan kayu pancing yang di sediakan oleh guru.

2. Guru mengarahkan murid untuk menangkap ikan mengikut arahan sama ada menangkap ikan bersaiz besar atau kecil.

3.Guru bersoal jawab dengan murid tentang warna ikan yang di pancing.

4. Murid mendengar arahan guru dengan teliti dan menangkap ikan di dalam kotak pancing mengikut arahan dengan menggunakan kayu pancing yang di sediakan oleh guru.

5.Murid memberitahu guru warna ikan yang di pancing.






BBM :
-Model ikan yang berlainan saiz iaitu saiz besar dan saiz kecil.

-Kotak pancing.

-Kayu pancing.

Penerapan Nilai :
-Murid mendengar arahan guru dengan baik.

Penutup
2  minit
Menunjukkan ikan yang berlainan saiz dan bersoal jawab dengan dengan murid tentang saiz ikan yang di tunjuk.
1. Guru menunjukkan ikan yang berlainan saiz dan bersoal jawab dengan dengan murid tentang saiz ikan yang di tunjuk olehnya.

2. Guru memberi pujian dan tepukan kepada murid.

3. Murid memberi respon terhadap soalan yang di beri oleh guru dengan baik.

BBM :
-Model ikan yang berlainan saiz iaitu saiz besar dan saiz kecil.

Penerapan Nilai :
-Murid menjawab pertanyaan guru dengan baik dan yakin.




Refleksi :                                                                                                                                                                                     

No comments:

Post a Comment