Sunday 21 December 2014

Aktiviti menarik untuk kanak-kanak

                                                                 RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI


TARIKH/HARI/MASA                                      : 10 Disember 2014/Rabu/10.30 pagi-10.50 pagi.

BILANGAN MURID                                            : 10 orang.

TAJUK                                                                    : Siapa Cepat.

 BIDANG PEMBELAJARAN/KOMPONEN   : Tunjang Sains dan Teknologi-Awal Sains.

OBJEKTIF  PEMBELAJARAN                            : Pada akhir pembelajaran kanak-kanak dapat:
1.       Mengenal pasti bahagian badan utama.
2.       Mendengar arahan dengan baik dan cepat peka terhadap sesuatu perkara.

PENGETAHUAN SEDIA ADA                             :                                                         
1.       Kanak-kanak sudah boleh menyebut nama-nama bahagian badan.

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)         : Carta anggota badan.












SLOT PELAKSANAAN AKTIVITI
 


                                                                                                                                                                       

LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi           3  minit.
Menyebut nama anggota badan yang di tunjuk oleh pendidik.
Contoh:
-Kepala, mata, hidung, mulut, gigi, telinga, rambut, kaki, jari dan tangan.

1. Pendidik menunjukkan carta anggota badan dan meminta kanak-kanak  menyebut nama anggota badan yang di tunjuk.

2. Kanak-kanak menyebut nama anggota badan yang di tunjuk oleh pendidik.

BBM :
-Carta anggota badan.

Penerapan Nilai :
-Kanak-kanak bekerjasama dengan pendidik.

Langkah 1
5  minit
Menerangkan tentang peraturan permainan.

Peraturan permainan:
-Kanak-kanak yang tersalah membuat gerakan apabila pendidik memberi arahan akan di keluarkan dari permainan.
-Kanak-kanak yang berada paling lama dalam permainan akan diberi ganjaran token.

1. Pendidik menerangkan kepada kanak-kanak tentang aktiviti yang akan di lakukan dan peraturan permainan.

2. Kanak-kanak melihat dan mendengar penerangan dengan penuh perhatian.
BBM :
-Anggota badan.                

Penerapan Nilai :
-Kanak-kanak mendengar arahan pendidik dengan baik.

Langkah 2
10 minit
Pertandingan ‘Siapa cepat’.
Contoh:
-Kanak-kanak dikehendaki melakukan gerakan mengikut arahan pendidik seperti angkat tangan, sentuh telinga dan lain-lain.

1. Pendidik memberi arahan supaya kanak-kanak menyentuh telinga kiri, angkat tangan kanan dan lain-lain.

2. Kanak-kanak melakukan gerakan mengikut arahan pendidik.


BBM :
-Anggota badan.

Penerapan Nilai :
- Kanak-kanak mendengar arahan pendidik dengan baik.


Penutup
2 minit
Menunjukkan bahagian badan masing-masing.


1. Pendidik memberi arahan supaya kanak-kanak menunjukkan bahagian badan masing-masing.

2. Kanak-kanak menunjukkan bahagian badan masing-masing.



BBM :
-Anggota badan.

Penerapan Nilai :
-Kanak-kanak berkerjasama melakukan aktiviti bersama pendidik.


Refleksi :                                                                                                                                                                                     



No comments:

Post a Comment