Tuesday 16 September 2014

Program PERMATA



Penggerak utama yang mendorong kepada tercetusnya idea untuk menjalankan Projek Perintis PERMATA Negara ini datangnya daripada Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan beberapa orang profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian melanda para remaja yang sungguh membimbangkan.


Perbincangan profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang ini telah senada bahawa proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal bagi dan ianya akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir. Inilah yang telah membawa kepada lahirnya sebuah konsep yang begitu murni iaitu dengan menganggap bahawa setiap anak yang dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini adalah sebutir permata untuk negara yang akan bersinar menerangi kegemilangan negara di masa akan datang. Dari ini lahirlah "Setiap Anak PERMATA Negara" bagi menzahirkan suatu hasrat untuk memastikan setiap anak sejak dari awal lagi mendapat peluang permulaan hidup yang terbaik.


Dari situ tercetus idea untuk melaksanakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA bagi memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting dan mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara, perlu ada satu program atau perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi nasional, tambahan pula banyak negara-negara lain di dunia terutamanya negara-negara maju sudah menjadikan pendidikan awal kanak- kanak sebagai satu pelan nasional yang bersepadu.

Maka dengan itu Projek Perintis PERMATA Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada pemerhatian, didapati negara-negara maju telah lebih awal memberikan penekanan kepada kaedah ‘pembelajaran yang menyeronokkan’ dan didikan mengikut kecenderungan kanak-kanak terbabit.


Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi dari model Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi kandungannya. Tema ‘Setiap Anak PERMATA Negara’ juga telah dipilih untuk menggambarkan kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk menggubal satu dasar pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan menyeluruh. Hasil dari kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan menyeluruh kepada kanak-kanak.


Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.


Visi dan Misi


VISI

Memastikan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang telah digubal dan diluluskan dilaksanakan secara berkesan.


Penyataan Dasar


· Penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah seperti berikut:


“Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.”



MISI

Bahagian PERMATA komited bagi memastikan objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan dilaksanakan yang merangkumi perkara-perkara berikut:


· menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa


· menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan awal yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan


· membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan


· mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif


· Melaksana pembinaan dan menyelia Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di seluruh negara.




Falsafah dan Fokus PERMATA Negara


Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.


· Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:

i. Berumur satu hingga empat tahun
ii. Menetap di pinggir atau luar bandar
iii. Keluarga berpendapatan rendah
iv. Berbilang kaum dan agama


· Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai aspek perkembangan

Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir hingga ke usia pra persekolahan.

(Nota) KAH1023- BHSA & KOMUNIKASI


Contoh Rangka Racangan Pengajaran Harian (RPH)

RPH PENGASUHAN :

Tarikh/ Masa/ Hari                              :
Kelas/ Bil. Kanak-kanak                       :
Tajuk/ aktiviti                                       :
Bidang pembelajaran/ komponen  
Objektif                                                 :

Alat bantu mengajar                           :      
.

Perlaksanaan                                       :


Refleksi                                                 :











RPH TASKA

TARIKH/ HARI/ MASA                                       :
KELAS/ BIL MURID                                            : 
TAJUK                                                                  :
BIDANG PEMBELAJARAN/ KOMPONEN       :
OBJEKTIF PEMBELAJARAN                                :
ALAT BAHAN                                                      :   


PENGETAHUAN SEDIA ADA                              :
                                                                                   











                                                                  SLOT PENGAJARAN HARIAN
Masa
Isi Kandungan
Aktiviti p&p
Alat
Bahan


Set Induksi


.






Langkah 1







Langkah 2









Penutup

   









REFLEKSI :









RPH TADIKA

TARIKH/ HARI / MASA                            :
KELAS / BIL MURID                                  :
MODUL                                                      :
TEMA / SUB TEMA                                   :
TAJUK                                                         :
TUNJANG                                                   :
STANDARD KANDUNGAN                       :
STANDARD PEMBELAJARAN                  :
KESEPADUAN TUNJANG                         :

OBJEKTIF PEMBELAJARAN                      :
PENGETAHUAN SEDIA ADA                    :
ALAT BANTU MENGAJAR                         :











SLOT PENGAJARAN HARIAN
Masa
Isi Kandungan
                             Aktiviti
Alat Bahan

Set Induksi









Langkah 1








Langkah 2











Langkah 3

   






PENUTUP







fatin Nasuha
20 Tahun
Female
          Student, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
             Interests all about kids, computer, camera, art & design.
Teacher To Be, Insyaallah.