Cikgu fatin

Sunday 21 December 2014

Aktiviti menarik untuk kanak-kanak

                                                                 RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI


TARIKH/HARI/MASA                                      : 10 Disember 2014/Rabu/10.30 pagi-10.50 pagi.

BILANGAN MURID                                            : 10 orang.

TAJUK                                                                    : Siapa Cepat.

 BIDANG PEMBELAJARAN/KOMPONEN   : Tunjang Sains dan Teknologi-Awal Sains.

OBJEKTIF  PEMBELAJARAN                            : Pada akhir pembelajaran kanak-kanak dapat:
1.       Mengenal pasti bahagian badan utama.
2.       Mendengar arahan dengan baik dan cepat peka terhadap sesuatu perkara.

PENGETAHUAN SEDIA ADA                             :                                                         
1.       Kanak-kanak sudah boleh menyebut nama-nama bahagian badan.

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)         : Carta anggota badan.












SLOT PELAKSANAAN AKTIVITI
 


                                                                                                                                                                       

LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi           3  minit.
Menyebut nama anggota badan yang di tunjuk oleh pendidik.
Contoh:
-Kepala, mata, hidung, mulut, gigi, telinga, rambut, kaki, jari dan tangan.

1. Pendidik menunjukkan carta anggota badan dan meminta kanak-kanak  menyebut nama anggota badan yang di tunjuk.

2. Kanak-kanak menyebut nama anggota badan yang di tunjuk oleh pendidik.

BBM :
-Carta anggota badan.

Penerapan Nilai :
-Kanak-kanak bekerjasama dengan pendidik.

Langkah 1
5  minit
Menerangkan tentang peraturan permainan.

Peraturan permainan:
-Kanak-kanak yang tersalah membuat gerakan apabila pendidik memberi arahan akan di keluarkan dari permainan.
-Kanak-kanak yang berada paling lama dalam permainan akan diberi ganjaran token.

1. Pendidik menerangkan kepada kanak-kanak tentang aktiviti yang akan di lakukan dan peraturan permainan.

2. Kanak-kanak melihat dan mendengar penerangan dengan penuh perhatian.
BBM :
-Anggota badan.                

Penerapan Nilai :
-Kanak-kanak mendengar arahan pendidik dengan baik.

Langkah 2
10 minit
Pertandingan ‘Siapa cepat’.
Contoh:
-Kanak-kanak dikehendaki melakukan gerakan mengikut arahan pendidik seperti angkat tangan, sentuh telinga dan lain-lain.

1. Pendidik memberi arahan supaya kanak-kanak menyentuh telinga kiri, angkat tangan kanan dan lain-lain.

2. Kanak-kanak melakukan gerakan mengikut arahan pendidik.


BBM :
-Anggota badan.

Penerapan Nilai :
- Kanak-kanak mendengar arahan pendidik dengan baik.


Penutup
2 minit
Menunjukkan bahagian badan masing-masing.


1. Pendidik memberi arahan supaya kanak-kanak menunjukkan bahagian badan masing-masing.

2. Kanak-kanak menunjukkan bahagian badan masing-masing.



BBM :
-Anggota badan.

Penerapan Nilai :
-Kanak-kanak berkerjasama melakukan aktiviti bersama pendidik.


Refleksi :                                                                                                                                                                                     



RPH SAINS

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI

 



TARIKH/HARI/MASA                                      : 20 November 2014/Khamis/10.00 pagi-10.20 pagi.

BILANGAN MURID                                            : 10 orang

TAJUK                                                                    : Buih Sabun.

BIDANG PEMBELAJARAN/KOMPONEN   : Tunjang Sains dan Teknologi-Awal sains.

OBJEKTIF  PEMBELAJARAN                             : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1.       Meningkatkan perasaan ingin tahu.
2.       Menceritakan pengalaman bermain sabun.
3.       Memupuk semangat bekerjasama.

PENGETAHUAN SEDIA ADA                             :
1.       Murid pernah bermain buih sabun.

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)                     :  Pistol buih dan air sabun.











SLOT PELAKSANAAN AKTIVITI
 


                                                                                                                                                                       

LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN
Set Induksi           2  minit.
Menunjukkan gambar sabun.
1. Guru menunjukkan gambar sabun kepada murid.

2. Guru meminta murid meneka objek yang terdapat dalam gambar.

3. Murid melihat dan meneka objek yang terdapat dalam gambar.

BBM :
-Gambar sabun.
               
Penerapan Nilai :
- Murid mendengar arahan guru dengan baik.

Langkah 1
5  minit
Bersoal jawab mengenai sabun.
Contoh :
-Sabun mengeluarkan apa apabila terkena air?

Menerangkan tentang sabun.
Contoh :
-Sabun mengeluarkan buih apabila terkena air.

1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai sabun.

2. Guru menerangkan tentang sabun.

3. Murid menjawab soalan dan mendengar penerangan guru dengan baik.


BBM :
 -Gambar sabun.                

Penerapan Nilai :  -Murid mendengar arahan guru dengan baik.



Langkah 2
5  minit
Membuat aktiviti bermain buih sabun.
1. Guru menyediakan bahan untuk membuat buih sabun.

2. Guru menunjukkan cara membuat buih menggunakan pistol buih dan air sabun kepada murid.

3. Guru meminta setiap orang murid membuat buih menggunakan pistol buih dan air sabun.

3. Murid melihat dan membuat buih menggunakan pistol buih dan air sabun.



BBM :
-Pistol buih.
-Air sabun.
Penerapan Nilai :
-Murid memberi kerjasama yang baik kepad guru.
Penutup
 2 minit
Memberi tepukan dan pujian kepada murid.
1. Guru memberi pujian dan tepukan kepada murid.

2. Murid menerima pujian daripada guru kerana berjaya melakukan tugas dengan baik.

BBM :
                 -

Penerapan Nilai : -Murid patuh pada arahan guru.



Refleksi :                                                                                                                                                                                     


Rancangan Perlaksanaan Aktiviti menarik (pancing ikan)

TARIKH/HARI/MASA                                         : 20 November 2014/Khamis/10.00 pagi-10.20 pagi.

BILANGAN MURID                                               : 10 kanak-kanak

TAJUK                                                                       : Ikan.

BIDANG PEMBELAJARAN/KOMPONEN        : Tunjang Sains dan Teknologi (Awal Sains).

OBJEKTIF  PEMBELAJARAN                               : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
         1.       Membezakan saiz besar dan kecil.
         2.       Mengenal pelbagai warna.

PENGETAHUAN SEDIA ADA                                :
           1.       Murid sudah mengetahui saiz kecil dan besar.

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)                      : Ikan besar, ikan kecil , kotak pancing ,kayu                                                                                                        panjing, video, laptop, dan lembaran kerja.











SLOT PELAKSANAAN AKTIVITI
 

                                                                                                                                                                       

LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi           3 minit.
Menayangkan video lagu “ikan kekek” kepada murid.



1. Guru menayangkan video lagu “ikan kekek” kepada murid.

2. Guru mengarahkan semua murid berdiri dan  membuat gerakan berenang seperti ikan sambil menyanyi lagu “ikan kekek” .
Ikan kekek mak iloi iloi,
ikan gelama mak ilai ilai,
nanti adik mak iloi iloi,
pulang sama mak ilai ilai,
ada satu si ikan parang,
badannya panjang berbelang-belang,
isinya sikit banyak tulang,
sedap makan kalau masak pindang.

3. Murid berdiri dan membuat gerakan berenang seperti ikan sambil menyanyi lagu “ikan kekek” bersama guru.

Ikan kekek mak iloi iloi,
ikan gelama mak ilai ilai,
nanti adik mak iloi iloi,
pulang sama mak ilai ilai,
ada satu si ikan parang,
badannya panjang berbelang-belang,
isinya sikit banyak tulang,
sedap makan kalau masak pindang.


BBM :
-Video.

-Laptop.

Penerapan Nilai :
-Murid berkerjasama dengan guru ketika menyanyi dan membuat pergerakan.
Langkah 1
5 minit
Menunjukkan ikan yang berlainan saiz iaitu saiz kecil dan saiz besar.



1. Guru menunjukkan ikan yang berlainan saiz iaitu saiz kecil dan saiz besar.

2. Guru memberi arahan supaya murid meneka saiz ikan yang ditunjukkan oleh guru sama ada kecil atau besar.

3. Murid meneka saiz ikan yang ditunjukkan oleh guru dengan penuh keyakinan.

BBM :
-Model ikan yang berlainan saiz iaitu saiz besar dan saiz kecil.

Penerapan Nilai :
-Murid menjawab pertanyaan guru dengan yakin.


Langkah 2
10  minit
Memancing ikan mengikut arahan guru.

Bersoal jawab tentang warna.

1. Guru memanggil setiap orang murid ke hadapan untuk memancing ikan di dalam kotak pancing menggunakan kayu pancing yang di sediakan oleh guru.

2. Guru mengarahkan murid untuk menangkap ikan mengikut arahan sama ada menangkap ikan bersaiz besar atau kecil.

3.Guru bersoal jawab dengan murid tentang warna ikan yang di pancing.

4. Murid mendengar arahan guru dengan teliti dan menangkap ikan di dalam kotak pancing mengikut arahan dengan menggunakan kayu pancing yang di sediakan oleh guru.

5.Murid memberitahu guru warna ikan yang di pancing.






BBM :
-Model ikan yang berlainan saiz iaitu saiz besar dan saiz kecil.

-Kotak pancing.

-Kayu pancing.

Penerapan Nilai :
-Murid mendengar arahan guru dengan baik.

Penutup
2  minit
Menunjukkan ikan yang berlainan saiz dan bersoal jawab dengan dengan murid tentang saiz ikan yang di tunjuk.
1. Guru menunjukkan ikan yang berlainan saiz dan bersoal jawab dengan dengan murid tentang saiz ikan yang di tunjuk olehnya.

2. Guru memberi pujian dan tepukan kepada murid.

3. Murid memberi respon terhadap soalan yang di beri oleh guru dengan baik.

BBM :
-Model ikan yang berlainan saiz iaitu saiz besar dan saiz kecil.

Penerapan Nilai :
-Murid menjawab pertanyaan guru dengan baik dan yakin.




Refleksi :